Wednesday, 5 October 2011

SAH NAJIB DI SAWAN BABI,MELALUT LALUT


Saya ni dari fahaman yang suka kalau mana-mana puak pro-Islam menang, mereka dahulukan, dan buktikan memang sungguh-sungguh depa buat, benda yang tak payah pinda undang-undang dulu - pemimpin berkorban, pemimpin bersederhana, pemimpin berjimat, pemimpin meletakkan keutamaan yang betul (melawat luar negara tak tentu fasal bukan keutamaan - orang dapat berniaga dengan syarikat besar luar negara dengan memanfaatkan kecanggihan zaman IT ja, yang hampa kononnya pi melawat luar negara nak cari pelabur apa pun tak dapat, kena tipu ada la), tubuhkan pasukan khas yang sukarela atau kerajaan yang tubuhkan pasukan tersebut di bawah mana-mana jabatan kerajaan yang berkaitan serta dibayar gaji oleh kerajaan tersebut untuk menyantuni rakyat yang bermasalah, macam-macamlah, jaga alam semulajadi dan tidak berlaku seperti di Lojing, tidak kenduri balak atau tanah rakyat, macam-macam boleh buat dengan semangat Islam tanpa perlu pinda undang-undang.

Maknanya, beri keutamaan dan dahulukan apa jua kempen atau movement di mana pemimpin dan parti pro-Islam yang memerintah yang terlebih dahulu dan sungguh-sungguh menunjukkan contoh, yang buat dulu, bukan takat sembang deras ja (Tapi itu tak bermakna saya menolak pindaan undang-undang untuk laksana Islam. Na'uzubiLlah!).

Sama ada benda-benda macam pengorbanan, kesederhanaan atau penjimatan itu berlaku atau tidak dalam kerajaan Kelantan dari tahun 1990 hingga kini, dalam kerajaan Kedah 2008 hingga kini dan dalam kerajaan Terengganu 1999-2004, biar rakyat nilai sendiri. Saya bukan jurucakap kerajaan-kerajaan itu. Bab kerajaan Pulau Pinang dan Selangor, saya tak nak sentuh sebab teraju utama kerajaan negeri-negeri tersebut bukan dari parti yang vokal dengan cakap-cakap pro-Islam.

Meskipun begitu, saya tak boleh duduk diam kalau orang cakap tak kena gaya fasal hukum hudud, apa lagi kalau cakap bukan-bukan. Sebab hudud hukum Allah s.w.t. Kalau hudud ciptaan PAS, biar PAS jawab sendiri la.

Berita Malaysian Insider bertajuk "Mahathir: Umno boleh kalah besar jika PRU-13 sekarang" melaporkan:
"Negara ini mengandungi penduduk berbilang agama dan bangsa. Kalau 100 peratus Islam tiada masalah. Hudud yang hendak dilaksanakan terhadap orang Islam sahaja seperti kata (Datuk) Nik Aziz Nik Mat (Mursyidul Am Pas), itu betul... tidak adil. Islam menuntut keadilan dalam semua perkara.

"Dalam satu kes melibatkan seorang Islam dan seorang bukan Islam, orang Islam dihukum potong tangan dan bukan Islam dijel... adilkah itu. Bagi Nik Aziz adillah, bagi saya tidak adil.

"Kalau nak potong tangan, sama-sama kena potong tangan, kalau jel, sama-sama masuk jel. Jenayah sama hukuman pun patut sama," kata beliau lagi.
Dalam hukum demokrasi yang orang cerita kat saya (saya tak sebut hukum Islam sebab saya tak berapa reti Islam), Dr Mahathir is entitled to his opinion. Demokrasi juga membenarkan beliau menyuarakan pandangannya.

Dan, dengan menggunakan hukum demorasi juga, saya nak menggunakan hak saya untuk berkata dan bertanya, "Balik-balik modal tu ja yang depa pakai. Tak dak modal lain ka?"

Saya dah bagi pandangan saya terhadap modal yang balik-balik modal tu ja dalam posting bertajuk "RPK is not right too (2)". Antara lain saya kata:
Begitulah juga, apabila kita tak boleh nak paksa orang bukan Islam memeluk Islam, takkan pula kita nak paksa supaya mereka juga tertakluk kepada hukum-hukum Islam. Hakikat bahawa mereka tidak tertakluk kepada hukum Islam itulah yang lebih adil kepada mereka.

Yang tidak adil ialah apabila kita mempersoalkan kenapa kita saja yang kena dan depa tak kena. Apa adilnya menolak hukum-hukum Islam sedangkan hati kita masih nak jadi Muslim? Apa adilnya tak nak ikut peraturan tentera sedangkan pada masa yang sama tak nak pula keluar dari pasukan tentera?

Bijaksanakah bila kita mempersoalkan mengapa tentera saja yang dipaksa mematuhi undang-undang tertentu sedangkan yang bukan tentera tidak tertakluk kepada undang-undang yang sama? In the first place, why did you join the military? Ada orang paksa ka? (Kalau tak dak kerja apa nak buat dan kalau rajin, pi baca)
Saya tak nak sebut fasal orang lain. Oleh kerana Perdana Menteri dilihat sebagai orang yang perintah Malaysia, saya nak tanya kenapa bila bab hudud, terang-terang dia gambarkan hudud tak boleh dilaksanakan di negara ini (tak payah nak bajet macam reti sangat dengan melenturkan lidah menyebut perkataan maqasid syari'ah. Dalam posting bertajuk "Guna Islam untuk tak nak buat apa Islam suruh buat", saya dah sebut, "bila ahli-ahli politik sebut fasal maqasid syariah, mereka sebenarnya sedang menggunakan hujjah dari cabang ilmu Islam untuk tak nak buat Islam, untuk menolak perlaksanaan apa yang Allah s.w.t. suruh laksanakan").

Yang kurang ajarnya, si Namewee penghina azan boleh pula Perdana Menteri terkernyih-kernyih baik sangat dengan dia dan alu-alu macamlah penghina azan tu jadi ikon 1Malaysia. Kalau ya pun kemaruk undi Cina, jangan la penghina azan pun hang angkat macam bagus sangat pulak.

Sampai hari ini aku seduit pun tak percaya Namewee ni. Aku kena tangkap, sebab polis rasa terhina. Tapi dia yang hina azan, kata orang pakai tudung bungkus kepala, tak kena tangkap. Malah, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) jemput dia macam VIP untuk memberi keterangan. Aku bukan nak sangat orang lain kena tangkap. Tapi yang aku komplen ialah nampak sangat tak adil.

Hebat Namewee, dia boleh anjing babikan semua orang. Maklumlah, pemimpin Barisan Nasional (BN) macam bertukar-tukar baton dengan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat (PR) dalam relay tak habis-habis untuk memaafkan dan menyanjung penghina azan tu. Konon tak sengaja.

Kurang ajaq punya kerajaan. Hudud tak boleh, Namewee penghina azan boleh pula macam jadi ikon 1Malaysia. Kurang ajaq! Kurang ajaq! Kurang ajaq!