Friday 18 November 2011

ARE U READY ???

KEMBALI INGATKAN SEJARAH








WAKIL BERSIH TAK DIIKTIRAF OLEH PSC – minkini

Ambiga Sreenevasan tetap dianggap sebagai wakil individu ke sesi pendengaran awam Jawatankuasa Pilihan Parlimen (PSC) untuk penambahbaikan proses pilihan raya (hari ini walau berkeras bahawa beliau hadir sebagai wakil gabungan NGO berkenaan.

Pengerusi PSC, Maximus Johnity Ongkili berkata, Ambiga hadir sebagai wakil individu dan begitu juga empat lagi yang mengiringi bekas presiden Majlis Peguam itu ke sesi pendengaran hari ini.

"Tidak, anda bercakap sebagai Ambiga," kata Ongkili ketika Ambiga memperkenalkan dirinya sebagai wakil BERSIH 2.0.

Malah, beliau juga enggan menerima memorandum yang dikemukakan Ambiga kerana muka hadapan dokumen berkenaan diterakan logo BERSIH.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit... IKTIRAF ATAU TIDAK BUKAN PENTING... kah kah kah...

kah kah kah...YANG PENTING ADA 100,000 TURUN KE JALAN RAYA.... kah kah kah..

kah kah kah..TAK IKTIRAF TAK APA.... kah kah kah..

woit... TUNGGU BERSIH 3.0 BARU SEDAR... kah kah kah


INI DIA SUARA ANAK MUDA MENDOBRAK GEROMBOLAN


SUMBER: TUKARTIUB

Monday 14 November 2011

PERGHHH....KERNA LEMBU SHAHRIZAT DAPAT NAMA..WAKAKA..

SKANDAL NFC:
SOAL PERTANGGUNGJAWABAN DAN AMANAH ADALAH ISU POKOK




Saya mengucapkan terima kasih kepada pengurusan NFC yang akhirnya tampil memberi penerangan setelah KEADILAN membuat pendedahan mengenai penyelewengan dan kegagalan Projek Fidlot Kebangsaan. Saya kira akhirnya pengurusan NFC akur dengan saranan yang dibuat oleh mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi dan Timbalan Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana skandal ini benar-benar menggoncang keyakinan rakyat kepada pimpinan politik kerajaan.

Saya juga ingin menegaskan di sini bahawa kesemua kenyataan yang dibuat oleh Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail, Pengerusi Eksekutif NFC dan suami Dato’ Seri Shahrizat Jalil di media perdana semalam tidak sekali-kali menafikan pendedahan-pendedahan yang dibuat KEADILAN, seperti berikut:

1. Dana RM250 juta telah dimasukkan ke dalam akaun NFC

2. Kos seekor lembu yang diternak NFC dalam tahun 2009 berjumlah RM4,481 setiap ekor

3. Diskaun berjumlah RM2.9 juta diberikan dalam tahun 2009 termasuk kepada Restoran Meatworks milik keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil

4. NFC mencatat kerugian sejumlah RM7 juta (2008) dan RM11 juta (2009)

5. Dana dari NFC disalurkan kepada NMLC dan RFC yang dimiliki sepenuhnya oleh keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil

6. Penyalahgunaan wang dari dana untuk membeli unit-unit kondominium di One Menerung, Bangsar

7. NFC mendapat pinjaman mudah sejumlah RM250 juta

8. NFC membelanjakan sejumlah RM827,579 bagi lawatan-lawatan ke luar negara dan elaun keraian

9. Projek Pusat Fidlot Kebangsaan mendapat bantahan dari pegawai-pegawai kementerian

Kenyataan NFC semalam hanya memberi alasan kenapa penyelewengan-penyelewengan seperti yang didedahkan KEADILAN berlaku.

Malah, tiga pengakuan Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail mengesahkan keresahan rakyat bahawa anugerah projek ini kepada sebuah syarikat milik keluarga menteri kanan mempunyai unsur-unsur penyelewengan.

Beliau mengakui[1] bahawa NFC tiada kepakaran dan pengalaman untuk mengendalikan projek ini sehingga menyebabkan syarikat menghadapi masalah operasi dan kewangan. Perbandingan rekod operasi NFC seperti di bawah jelas menunjukkan bahawa NFC bukanlah syarikat yang berkelayakan untuk mengendalikan projek berimpak tinggi dan mendapat pembiayaan RM250 juta:

2008(tahun pertama) 2009
Jumlah lembu dibeli dari Australia dan dibawa masuk
4,141 ekor 
-
Diberikan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar 
245 ekor 
-
Lembu mati atas kapal sebelum sampai ke Malaysia 
8 ekor 
-
Lembu mati dalam perjalanan ke Pusat Fidlot 
15 ekor 
-
Lembu yang terpaksa disembelih akibat bermasalah 
45 ekor 
56 ekor
Lembu yang mati di Pusat Fidlot 42 ekor 78 ekor
Lembu yang dihadiahkan kepada pihak lain 
11 ekor 
3 ekor
Lembu yang disembelih untuk dijual 113 ekor 1,562 ekor
Jumlah lembu yang mati/rugi berbanding lembu yang dijual 121 ekor
(nisbah 1:1) 137 ekor
(nisbah 1:11)
Anggaran kerugian akibat lembu mati/dicuri RM542,201 RM613,897


Dalam temuramah dengan Berita Harian pula, beliau mengakui bahawa perjanjian pinjaman RM250 juta “tidak menyatakan jadual pembayaran balik”. Ini mengesahkan pendedahan KEADILAN sebelum ini bahawa walaupun dana RM250 juta disebut sebagai pinjaman, ia lebih berupa geran kerana NFC tidak dikenakan sebarang jadual pembayaran atau caj faedah seperti pinjaman biasa.

Saya juga kesal dengan kenyataan Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail yang bukan sahaja tidak menyangkal pendedahan KEADILAN mengenai pembelian kondominium mewah menggunakan dana rakyat, malah mengesahkan bahawa dana yang diselewengkan adalah lebih tinggi dari yang didedahkan minggu lepas. Pembelian dua unit kondominium mewah di unit B1-1 dan B1-2 di Tingkat 1, Blok B One Merenung sebenarnya membabitkan perbelanjaan RM13.8 juta.

Ketiga-tiga pengakuan NFC ini mengingatkan rakyat bahawa isu pokoknya adalah soal kebertanggungjawaban menteri dan kerajaan menjaga wang rakyat. Ketiga-tiga pengakuan tersebut mendedahkan:

1. Bagaimana projek negara diberikan kepada keluarga menteri yang langsung tidak mempunyai latar belakang dan kepakaran di dalam bidang penternakan komersil;

2. Dana RM250 juta diberikan begitu sahaja tanpa ada syarat-syarat ketat dan pemantauan walaupun ia dipanggil pinjaman; dan

3. Sejumlah RM13.8 juta diselewengkan sewenang-wenangnya untuk membeli hartanah yang akhirnya menjadi milik keluarga menteri kerana NMLC milik keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil sepenuhnya.

Oleh itu, KEADILAN menggesa supaya Perdana Menteri bertindak segera menjawab sama ada berlaku penyelewengan semasa penganugerahan projek ini kepada NFC dan menerangkan penglibatan Dato’ Seri Shahrizat Jalil dalam proses membuat keputusan kerajaan bersabit projek ini.

Kesemua keterangan lain yang dibuat NFC semalam akan dihuraikan dalam satu sidang media khas di lobi Parlimen hari Isnin ini jam 1130 pagi melibatkan YB Saifuddin Nasution Ismail, YB Zuraida Kamaruddin dan saya sendiri, untuk membolehkan kami meneliti semua maklumat dan dokumen yang kami ada setakat ini.


MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI