Saturday 30 April 2011

'Mahasiswa disingkirkan jika sertai himpunan 1 Mei'



Seorang aktivis Universiti Malaya yang juga Setiausaha Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Izzuddin Hilmi Mohd Zaini telah diingatkan supaya tidak menyertai himpunan hari pekerja 1 Mei esok ataupun berdepan dengan tindakan dipecat dari universiti itu.


izzuddin hilmi leading the crowd of 200Menurut sumber amaran tersebut dikeluarkan oleh Timbalan Naib Canselor dan Alumni Universiti Malaya (UM), Prof Datuk Rohana Yusof.


“Jangan sertai himpunan itu atau kamu akan dibuang UM!” katanya kepada pelajar UM berkenaan.


Sumber juga mendakwa Izzuddin (atas, baju putih) telah dihubungi oleh Rohana sebelum ini untuk berjumpa dan berbincang sesuatu di pejabatnya.


Setelah berjumpa dengannya, beberapa pertanyaan telah ditujukan kepada mahasiswa tahun akhir itu.


Antaranya tentang pembabitan Izzuddin dalam himpunan 1 Mei nanti dan beberapa soalan lain berkenaan penglibatannya dalam gerakan dan politik luar.


Izzuddin dalam kenyataannya menegaskan beliau berjumpa dengan Rohana atas sebab ‘kerelaannya’ sendiri setelah dihubungi sebelum ini.


“Saya dinasihati olehnya dan mengeluarkan amaran agar jangan sertai Himpunan Pekerja 1 Mei nanti.


“Saya tanya kalau saya sertai, Datuk jawab...sertai atau kamu akan dibuang universiti,” tambahnya lagi.


NONEJawatankuasa 1 Mei yang terdiri daripada lebih 60 kumpulan masyarakat, badan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik akan mengadakan perarakan sempena Hari Pekerja dengan tema ‘Harga Barang Naik, Gaji Bila Lagi’ pada 1 Mei ini.


Peserta diberitakan akan berkumpul di Stesen Monorel Chow Kit dan berarak ke Dataran Merdeka, bermula jam 10.30 pagi dan berakhir dengan bacaan deklarasi Hari Pekerja di Dataran Merdeka.


Selain Izzuddin yang mewakili SMM, turut hadir dalam sidang media sebelum ini ialah penyelaras Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit), Bawani KS, Pengarah Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) Valerie Thomas, wakil Suaram, Andika Abd Wahab.

sumber:malaysiakini



Friday 29 April 2011

Malaysia bersatu dan agenda politik perkauman



PENDAPAT Sebelum tulisan mengenai 1Melayu 1Bumi disiarkan, ramai yang mahu Melayu bersatu. Tetapi kemahuan itu setakat mahu tetapi tiada apa apa yang bergerak. Tidak bergerak kerana tiada siapa yang mahu menggerakkannnya.


NONEJika ada pun, orang itu segera dicop sebagai seorang yang chauvinist Melayu termasuk penulis yang menyeru agar 1Melayu 1Bumi dilaksanakan.
Kesannya, kemahuan, keinginan, hasrat dan cita-cita seperti kabus yang hilang apabila timbulnya sang matahari. Hilang dan lesap dari pandangan.


Selepas gerakan untuk Melayu bersatu mula diperkatakan terutama selepas 1Melayu 1Bumi ada pula pihak yang mahu memulaukan akhbar Utusan Malaysia yang dikatakan terlalu perkauman.


Namun, pokoknya ialah seruan agar Melayu perlu bersatu untuk menentang mereka yang tidak mahu melihat negara ini maju ke hadapan dan menjayakan 1Malaysia - rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan. Maka semua mata berpalinglah kepada DAP parti yang bukan saja membenci 1Malaysia tetapi mahu dikuburkannya sekali.


tenang by election 23011 1malaysia group lorriesLihatlah betapa mereka mengarahkan Menteri Besar Selangor untuk mengharamkan penggunaan logo 1Malaysia. Lihatlah bagaimana Satu Malaysia disamakan sebagai Sapu Malaysia.


Mengapa DAP menolak usaha mendahulukan rakyat sedangkan dalam ceramah merekalah 'superhero' yang dapat menyelamatkan Malaysia.


Superhero untuk siapa? Rakyat Malaysia atau segelintir pemimpin Cina yang membenci usaha untuk mendahulukan rakyat yang memerlukan - sudah pasti yang ramai ialah bangsa Melayu.


sarawak election miri dap ceramah 160411 04Dalam poster di Miri, DAP menyamakan Satu Malaysia sebagai Sapu Malaysia. Jika DAP menyatakan Sapu Malaysia, tolong tanya diri mereka sendiri siapa yang Sapu Malaysia sekarang? Tolong jawab. Siapa yang menguasai ekonomi Malaysia sekarang?


Ini tidak perlu dijawab oleh pemimpin DAP kerana mereka mempunyai ribuan jawapan untuk mengiakan apa yang mereka kata. Malah kekalahan pembangkang di sesuatu tempat di Sarawak baru-baru ini disalahkan kepada kerajaan.


sarawak election kuching dap ceramah 160411 03Umum tahu kaitan DAP dengan PAP di Singapura yang mempunyai cita-cita besar untuk memerintah Malaysia. Lihatlah bagaimana PAP yang memerintah Singapura meminggirkan golongan tertentu di sana.


Sebagai wartawan, penulis sudah sudah melihat apa yang dilakukan oleh DAP dan suara-suara keangkuhan mereka sejak dari bapa hinggalah kepada anaknya.


Mereka pandai bermuka-muka apabila ingin menjalinkan hubungan dengan PAS dan PKR. Itupun sesekali mereka tersasul dan telanjur dengan membuat kenyataan 'Anwar tidak layak memimpin pembangkang lah' dan kemudiannya menjilatnya balik untuk membela Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jangan suka bermuka-muka dan berjuanglah secara ikhlas.

PENDAPAT ini adalah pandangan peribadi penulisnya dan tidak semestinya mencerminkan pendirian sidang pengarang Malaysiakini.
Datuk Ibrahim Yahaya adalah penasihat media Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan dan bekas Ketua Pengarah, Jabatan Penyiaran Malaysia.


sumber:malaysiakini

Wednesday 27 April 2011

Liwat II: Anwar ulangi ia konspirasi politik




Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tetap mempertahankan dakwaannya bahawa kes liwat II yang sedang berlangsung adalah satu konspirasi politik bagi memuaskan kehendak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.


NONETiada asas bagi pihak pendakwaan untuk meneruskan kes, kata Anwar kecuali bagi memuaskan kehendak tuan politik mereka.


“Kita tahu sistem pornografi Umno, Datuk Seri Najib akan terus guna ini utk mencela kita seolah-olah beliau dan isterinya Rosmah dan yang lain adalah orang yang baik-baik, kekuatannya adalah tunjukkan moral Anwar kurang baik... mereka akan menang.


“Saya nak jelaskan sedikit bahwa ini fitnah jahat ... awal kita nafikan dan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan (Peguam Cara Negara II) Datuk Yusof (Zainal) diperalatkan sekadar kuatkan hujah.


Menurut Anwar lagi, media arus perdana yang dikawal oleh Umno berdendam dengannya dan berulangkali melaporkan sperma dan air seperti yang diperkatakan oleh Yusof di mahkamah bagi memuaskan tuan politik mereka.


Dalam mengemukakan bukti di mahkamah, pihak pendakwaan berkata air mani dan sperma dijumpai oleh ahli kimia.


“Terbukti mani yang dikatakan 97 jam yang diambil itu tidak (disimpan) dalam freezer dan dlm mana dokumen sains mengatakan ia tidak boleh bertahan. Jadi ini jadi isu politik murahan yang jelas dalam keterangan mahkamah,” kata Anwar.

Tuesday 5 April 2011

Seni Berperang


36 Taktik Peperangan merupakan sebuah buku yang di dalamnya terkandung 36 taktik peperangan yang diguna pakai pada zaman purba di China dan diwarisi sehingga hari ini. Meskipun penyusunan dan penerbitan buku itu dilakukan pada lebih 60 tahun yang lalu, tetapi taktik-taktik peperangan yang terkandung di dalam buku itu telah diguna pakai di China dalam jangka masa yang panjang dan telah menjadi inti pati kebudayaan tradisi China. Pada masa ini, "36 Taktik Peperangan" telah disesuaikan untuk strategi dalam pelbagai bidang, antaranya termasuklah politik, diplomasi, ilmu-ilmu pengurusan, perdagangan dan lain-lain.
Taktik-taktik yang terkandung dalam "36 Taktik Peperangan" sudah wujud di China pada lebih 2000 tahun yang lalu dan disusun menjadi buku pada tahun 1940-an. Buku itu dianggap setanding dengan buku "Seni Perang" hasil karya Sun Zi dan dapat saling melengkapi antara satu sama lain. Sun Zi ialah seorang pahlawan China, hidup sezaman dengan pendeta agung Konfusius kira-kira 2500 tahun yang lampau. Fikiran beliau mengenai strategi perang sangat terkenal dan diakui hingga hari ini.
Berdasarkan catatan sejarah, cerita tentang "36 Taktik Peperangan" telah muncul di China pada abad ke-5 Masihi. Pada ketika itu, wilayah China telah menjadi terpisah-pisah dan diduduki oleh beberapa kuasa tempatan China. Mereka sering berperang antara satu sama lain dan mengakibatkan pemerintahan China ganti-berganti dari semasa ke semasa.
Kononnya, tentera yang diketuai oleh Hulubalang Tan Daoji kerajaan Negeri Liusong sedang berada dalam situasi yang sukar dalam satu peperangan. Beliau telah menipu pihak lawannya dengan satu tipu muslihat agar tenteranya berjaya berundur dari medan peperangan tanpa kematian dan kecedaraan. Selepas itu, sudah ada orang memperkatakan tentang Hulubalang Tan Daoji sebagai berkata: "antara 36 taktik peperangan Hulubalang Tan Daoji, pelarian merupakan pilihan yang terbaik". 36 Taktik Peperangan tersebut bukanlah nama sesebuah buku, tapi untuk menggambarkan kecerdikan dan kebijaksanaan Hulubalang Tan Daoji. Manakala, strategi pelarian juga bukanlah salah satu taktik daripada 36 Taktik Peperangan itu, sebaliknya adalah untuk mempersendakan tindakan pelariannya dalam perang. Dalam konteks ini, 36 Taktik Peperangan merupakan istilah yang menyifatkan orang yang licik dan pandai menipu. Pada masa itu, 36 Taktik Peperangan bukan sesuatu karya strategi peperangan yang mempunyai kandungan yang konkrit, tapi hanya merupakan taktik yang sering diperkatakan dalam kalangan rakyat China dan diguna pakai dalam opera, novel dan lain-lain.
Edisi terawal 36 Taktik Peperangan merupakan sebuah buku cetakan yang diterbitkan di Chengdu, Provinsi Sichuan di barat daya China. Dalam buku yang tanpa catatan tahun penerbitan dan penulis itu ada tertulis "taktik peperangan sulit". Bahan aslinya ialah sebuah naskah yang ditulis dengan tangan.
Pakar berpendapat bahawa terdapat banyak edisi 36 Taktik Peperangan pernah muncul yang diwarisi dari mulut ke mulut dalam kalangan rakyat China selama beribu-ribu tahun. Kebanyakan edisi buku itu mempunyai kandungan yang hampir sama. Naskah tulisan tangan yang ditemui itu diduga telah disusun oleh seseorang yang berminat terhadap strategi perang dan mempunyai banyak pengetahuan tentang taktik peperangan berdasarkan bahan-bahan yang ada pada masa itu.
"36 Taktik Peperangan" tidak ada banyak kandungan yang menjelaskan tentang teori peperangan, sebaliknya lebih mengutamakan penggunaan praktikal strategi peperangan.
Dalam buku itu turut dinyatakan bahawa tatkala menghadapi situasi peperangan yang cepat berubah dan penuh dengan tipu muslihat, keputusan yang betul mesti dibuat dengan segera. Maka, penggunaan taktik yang betul merupakan langkah yang paling penting semasa bertempur dengan musuh.
"36 Taktik Peperangan" merupakan rumusan hasil fikiran ahli ketenteraan yang terunggul pada zaman purba China. Setiap taktik, mempunyai tujuan yang jelas dan bersifat praktikal. Kebanyakan taktik tersebut lebih mementingkan perubahan yang tidak dijangka ketika bertempur dengan musuh. 36 Taktik Peperangan diketahui oleh umum melalui pelbagai cara. Ada taktik yang dinamakan dengan judul opera, peribahasa atau peristiwa yang pernah berlaku dalam sejarah China. Oleh sedemikian, orang ramai lebih mudah untuk memahami teori dan ilmu ketenteraan yang terkandung di dalam buku itu.
Misalnya, taktik ke-18 berbunyi "jika ingin mengalahkan musuh, ketua pihak musuh mesti ditangkap terlebih dahulu". Taktik ini bermaksud bahawa jika sesuatu pihak yang berperang dengan pihak yang lain ingin memenangi perang itu secara keseluruhannya, mereka mesti menangkap ketua pihak yang lain.
Taktik ke-36 adalah mengenai pelarian atau pengunduran. Dalam taktik itu dijelaskan bahawa jika menghadapi musuh yang terlalu kuat, kadangkala pelarian atau pengunduran merupakan pilihan terbaik bagi menyimpan kekuatan sendiri.
Oleh sebab "36 Taktik Peperangan" sangat mudah difahami dan bersifat praktikal, maka masyarakat China masih berminat terhadap penggunaannya pada hari ini. Sehubungan dengan itu, banyak terbitan yang berkaitan dengan "36 Taktik Peperangan" telah muncul dalam pasaran, antaranya termasuk "36 Taktik Peperangan dalam Bidang Perniagaan", "36 Taktik Peperangan dalam Perhubungan Sosial", bahkan "36 Taktik Peperangan dalam Hubungan dengan Kekasih".
"36 Taktik Peperangan" telah diperkenalkan ke Jepun lebih awal berbanding dengan negara yang lain dan dikenali sebagai "kunci kepada penentuan strategi.
Setakat ini, "36 Taktik Peperangan" telah diterjemahkan ke dalam bahasa-bahasa utama di dunia untuk digunakan sebagai bahan rujukan penting ketenteraan, antaranya termasuk bahasa Belanda, Itali, Inggeris, Perancis. Rusia, Portugal, Sepanyol, Turki dan lain-lain.