Wednesday 11 January 2012

Digantung : Adam Adli Bertegas Akan Lawan Di Mahkamah

Ipoh, 22 Jan : Penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi), Adam Adli Abdul Halim, 23, yang digantung pengajian tiga semester oleh pengurusan pusat pengajian tinggi itu 9 Januari lalu, akan meneruskan hasrat mencabar keputusan tersebut dalam masa terdekat.
“Kini, saya sedang kumpulkan segala data serta dokumen berkaitan untuk mengelakkan timbul sebarang percanggahan mahupun kekurangan fakta bagi membuktikan keputusan Pihak Berkuasa Tatatertib universiti yang menjatuhkan hukuman terhadap saya adalah tidak tepat.
“Untuk mengumpulkan segala maklumat yang lengkap sudah tentunya mengambil masa. Cuma apa yang pasti saya akan meneruskan hasrat berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan dipetik Sinar Harian.
Beliau menyatakan hasrat untuk bertemu pihak media secara terbuka bagi memaklumkan mengenai hasrat serta perkembangan selanjutnya berhubung kes itu kepada umum.
Beri saya masa – Adam
“Buat masa ini, berilah masa kepada saya untuk mengumpulkan segala maklumat diperlukan dan saya pihak semua pihak faham dengan situasi yang saya alami,” tegasnya.
Adam Adli dikenakan tindakan penggantungan selepas mencetuskan kontroversi kerana menurunkan bendera memaparkan wajah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di pekarangan Menara Dato’ Onn PWTC, 17 Disember lalu.
Adam Adli dalam satu kenyataannya pada 10 Januari lalu menegaskan, keputusan Upsi itu hanyalah keputusan mahkamah universiti yang berlandaskan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) semata-mata dan tidak pernah beliau iktiraf.
Atas prinsip itu, beliau nekad memfailkan kes berkenaan di mahkamah awam untuk mencabarnya.
Pihak Berkuasa Tatatertib mensabitkan kesalahan Adam Adli di bawah Kaedah 3 (a)(i) dan (ii), Bahagian II, Tatatertib Am, Kaedah-kaedah Upsi (Tatatertib Pelajar-pelajar)) 1999 dengan mengambil keputusan menggantung pengajian selama tiga semester bermula awal semester II sesi 2011/2012. – GZDaily

Tuesday 10 January 2012

Monday 2 January 2012

TRAGEDI UPSI

demo upsi 2 Demo UPSI Bertukar Jadi Tragedi Berdarah Malam Tahun Baru 2012? [UPDATE VIDEO]
Dalam keadaan malam tadi ramai yang tertumpu untuk menyambut tahun baru 2012, tetapi berlainan pula buat kalangan mahasiswa yang bertindak buat demo kebebasan akademik di UPSI. Tetapi lain pula jadi….
Apabila polis didakwa bertindak membelasah sekumpulan mahasiswa yang berhimpun. Dalam ramai-ramai mungkin ada kalangan yang membuat provokasi atau tidak ikut arahan & amaran yang diberikan oleh polis sehingga menyebabkan polis “hilang sabar & pertimbangan” seterusnya bertindak sebegini rupa. Mungkin?
Tetapi walaubagaimanapun, itu bukanlah alasan untuk pihak polis membelasah sesuka hati. Tindakan kasar yang dilakukan bukanlah satu tindakan yang sangat bijak daripada pihak keselamatan negara sebenarnya.

Video Demo UPSI (Versi Pihak Polis Sebagai Rujukan)

demo upsi Demo UPSI Bertukar Jadi Tragedi Berdarah Malam Tahun Baru 2012? [UPDATE VIDEO]
Apatah lagi, Malaysia yang sudah termaktub dalam perlembagaan meletakkanhak untuk rakyatnya berhimpun. Bagaimana kita rangka undang-undang, kemudian kita pijak semula undang-undang tersebut?

demo upsi 4 Demo UPSI Bertukar Jadi Tragedi Berdarah Malam Tahun Baru 2012? [UPDATE VIDEO]
Kalau tidak boleh, katakan tidak boleh daripada awal. Bukannya undang-undang yang ada terpakai hanya untuk satu dua kelompok sahaja. Pastikan semua menggunapakai undang-undang yang sama.
Semakan video di bawah ini memaparkan keadaan yang berlaku semasa demo UPSI daripada kalangan mahasiswa yang memperjuangkan kebebasan akademik pada malam tadi :

Video Demo UPSI (Orang Ramai)

Sunday 1 January 2012

MAHASISWA BANGKIT PROTES ATAS KREATIVITI..

Masih hangat diperkatan isu turun ‘bendera Najib’ dan video ancaman meludah serta menampar mahasiswa baru-baru ini, satu kumpulan yang menggelarkan mereka sebagai KP (Mungkin Ketua Panglima atau Ketua Perang atau juga Kaki Parody) mengeluarkan video ancaman nak ludah Muka Buku.
nak-ludah-muka-bukuTindakan biadap mahasiswa yang memasuki laman sosial myspace dan mengkeji myspace dan mengagungkan facebook. Menaikkan api kemarahan top friends myspace tom. ptui.
Youtube:

FB :

Fuh! Santai : Macam-macam hal.. Wakaka. Rindu MySpace & Friendster~~