Tuesday, 14 February 2012

DALANG PENGGANTUNGAN MAHASISWA KUIN YANG SEBENAR !!!



Apakah benar kertas kerja yang sampai ke email aku ini ???...begitu panjang dan bnyak pembongkaran yang depa buat....sapa x larat baca,..tajuk proposal ne ialah Keretas Kerja Isu Penggantungan KUIN 5..yang ditujukaPenjelasan n kepada AJK PAS PUSAT bertarikh 12 FEBRUARI..  aku tlg ringkaskan..Antara point2 penting dalam proposal tu....

  1. Ust Azizan terlibat dalam mesyuarat yg memutuskan supaya Ustaz Muhammad Idrus Bin Ismail telah dilucutkan jawatan selaku Timbalan Dekan Kuliah Al-Quran,kerana turut terlibat dalam demonstrasi bantahan pembinaan Sekolah Insan Bestari


  1. Ust Azizan bersetuju   program Diploma Al Quran dikeluarkan KUIN dan diserahkan kepada yayasan Islam Kedah (YIKED).

3   Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah KUIN kali ke 13 yang dipengerusikan Menteri Besar Kedah, satu laporan penuh dibentangkan kepada MB Kedah menyatakan tidakan pengantungan 1 hingga 2 semester kepada 5 orang pelajar telah dikenakan dan selepas rayuan dibuat , tiada pengurangan hukuman dibuat.

MB Kedah selaku Pengerusi mesyuarat tersebut menerima dan bersetuju dengan keputusan mengenakan tindakan hukuman ZALIM TERSEBUT.

KALAU KORANG X PERCAYA,SUME BENDA YANG AKU LIST TADI ADE BUKTI MINIT MESYUARAT AHLI LEMBAGA PENGARAH KUIN..bleh tgok dan download kat cne (PROPOSAL ISU KUIN

Hang Pa Dok Caya Lagi Ka Kat Azizan ne???
Korang nilai sendiri..


Thursday, 9 February 2012

KUIN : Mengapa Hanya Ahli GAMIS Yang Kecam?


Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Pertamanya, perlu saya katakan di sini, setiap tutur kata saya di sini diharap tidak disalah ertikan semua pihak dan harap semua faham saya adalah seorang yang keliru dan blurr…
Mengapa?
Kerana sejak saya mengikuti isu yang melibatkan lima mahasiswa KUIN, saya sendiri terkejut setelah mendapati dua gerakan mahasiswa yang selama ini saya kagumi dan hormati, hari ini telah ‘bertelagah’ dan ‘bergaduh’ sesama sendiri.
Saya tidak tahu lebih terperinci dan lebih mendalam akan isu yang berlaku, mungkin ada hal-hal yang lebih peribadi tetapi jujur saya katakan, jangan hanya kerana satu isu yang berbeza pendapat, ianya menyebabkan gerakan SMM-GAMIS dipandang hina dan ditolak mahasiswa serta masyarakat.
Tetapi, sepanjang pengamatan saya selaku mahasiswa biasa dalam isu ini, yang hanya setiap hari pergi dan balik kuliah, makan dan minum di kafe, lepas tu buka laptop, main fesbuk, saya inginkan dapatkan penjelasan yang lebih adil dari kedua-dua pihak.
Saya sokong perjuangan GAMIS, SMM terutama dalam melibatkan hal-hal kerosakan nilai sosial masyarakat, kezaliman mahasiswa dan seumpamanya tetapi atas akibat isu yang berlaku di KUIN, saya sendiri sudah mula ragu-ragu dengan asbab perjuangan gerakan ini.
Dulu, lantang bila AUKU ingin dimansuhkan tetapi bila kerajaan pembangkang di Kedah laksanakan, ada pulak yang sokong! Ini yang timbulkan kekeliruan bagi saya.
Dan saya lihat, kebanyakan yang tentang pendirian yang dibuat SMM ni adalah ahli GAMIS yang pernah bekas pimpinannya ada sebut soal akhlak dan adab berjemaah.
Ya, bagi saya memang wujud adab dan akhlak dalam berjemaah tetapi kewujudan dua aspek itu mungkin tidak disalah guna oleh SMM kerana andai ianya tidak dipraktikkan, sudah lama kerajaan Kedah tumbang dengan rusuhan, pembunuhan dan kekacauan seperti dalam perlawanan bola sepak di Mesir. Opss…!
Okey! Saya sejujurnya tidak bersetuju dengan gerakan GAMIS yang dilihat hanya lantang menyatakan sesuatu pandangan dan respon tetapi tiada ‘action’ yang teratur dan rapi berbanding SMM yang bukan hanya lantang bersuara tetapi tegas berpendirian dan ada tindakan walaupun sering dicemuh termasuk ‘di peringkat dalaman’.
Namun, saya harap ada batang tubuh yang mampu menyatukan gerakan mahasiswa ini yang saya lihat agak berterabur dan menjadi ‘Sang Pencerah’ kepada generasi gerakan mahasiswa. Sekian..! (tak mahu cakap lebih-lebih, nanti kena cantas). Assalamualaikum..

Wednesday, 11 January 2012


Digantung : Adam Adli Bertegas Akan Lawan Di Mahkamah

Ipoh, 22 Jan : Penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi), Adam Adli Abdul Halim, 23, yang digantung pengajian tiga semester oleh pengurusan pusat pengajian tinggi itu 9 Januari lalu, akan meneruskan hasrat mencabar keputusan tersebut dalam masa terdekat.
“Kini, saya sedang kumpulkan segala data serta dokumen berkaitan untuk mengelakkan timbul sebarang percanggahan mahupun kekurangan fakta bagi membuktikan keputusan Pihak Berkuasa Tatatertib universiti yang menjatuhkan hukuman terhadap saya adalah tidak tepat.
“Untuk mengumpulkan segala maklumat yang lengkap sudah tentunya mengambil masa. Cuma apa yang pasti saya akan meneruskan hasrat berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan dipetik Sinar Harian.
Beliau menyatakan hasrat untuk bertemu pihak media secara terbuka bagi memaklumkan mengenai hasrat serta perkembangan selanjutnya berhubung kes itu kepada umum.
Beri saya masa – Adam
“Buat masa ini, berilah masa kepada saya untuk mengumpulkan segala maklumat diperlukan dan saya pihak semua pihak faham dengan situasi yang saya alami,” tegasnya.
Adam Adli dikenakan tindakan penggantungan selepas mencetuskan kontroversi kerana menurunkan bendera memaparkan wajah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di pekarangan Menara Dato’ Onn PWTC, 17 Disember lalu.
Adam Adli dalam satu kenyataannya pada 10 Januari lalu menegaskan, keputusan Upsi itu hanyalah keputusan mahkamah universiti yang berlandaskan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) semata-mata dan tidak pernah beliau iktiraf.
Atas prinsip itu, beliau nekad memfailkan kes berkenaan di mahkamah awam untuk mencabarnya.
Pihak Berkuasa Tatatertib mensabitkan kesalahan Adam Adli di bawah Kaedah 3 (a)(i) dan (ii), Bahagian II, Tatatertib Am, Kaedah-kaedah Upsi (Tatatertib Pelajar-pelajar)) 1999 dengan mengambil keputusan menggantung pengajian selama tiga semester bermula awal semester II sesi 2011/2012. – GZDaily

Tuesday, 10 January 2012

Digantung : Adam Adli Bertegas Akan Lawan Di Mahkamah



Ipoh, 22 Jan : Penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi), Adam Adli Abdul Halim, 23, yang digantung pengajian tiga semester oleh pengurusan pusat pengajian tinggi itu 9 Januari lalu, akan meneruskan hasrat mencabar keputusan tersebut dalam masa terdekat.
“Kini, saya sedang kumpulkan segala data serta dokumen berkaitan untuk mengelakkan timbul sebarang percanggahan mahupun kekurangan fakta bagi membuktikan keputusan Pihak Berkuasa Tatatertib universiti yang menjatuhkan hukuman terhadap saya adalah tidak tepat.
“Untuk mengumpulkan segala maklumat yang lengkap sudah tentunya mengambil masa. Cuma apa yang pasti saya akan meneruskan hasrat berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan dipetik Sinar Harian.
Beliau menyatakan hasrat untuk bertemu pihak media secara terbuka bagi memaklumkan mengenai hasrat serta perkembangan selanjutnya berhubung kes itu kepada umum.
Beri saya masa – Adam
“Buat masa ini, berilah masa kepada saya untuk mengumpulkan segala maklumat diperlukan dan saya pihak semua pihak faham dengan situasi yang saya alami,” tegasnya.
Adam Adli dikenakan tindakan penggantungan selepas mencetuskan kontroversi kerana menurunkan bendera memaparkan wajah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di pekarangan Menara Dato’ Onn PWTC, 17 Disember lalu.
Adam Adli dalam satu kenyataannya pada 10 Januari lalu menegaskan, keputusan Upsi itu hanyalah keputusan mahkamah universiti yang berlandaskan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) semata-mata dan tidak pernah beliau iktiraf.
Atas prinsip itu, beliau nekad memfailkan kes berkenaan di mahkamah awam untuk mencabarnya.
Pihak Berkuasa Tatatertib mensabitkan kesalahan Adam Adli di bawah Kaedah 3 (a)(i) dan (ii), Bahagian II, Tatatertib Am, Kaedah-kaedah Upsi (Tatatertib Pelajar-pelajar)) 1999 dengan mengambil keputusan menggantung pengajian selama tiga semester bermula awal semester II sesi 2011/2012. – GZDaily

Monday, 2 January 2012

TRAGEDI UPSI



demo upsi 2 Demo UPSI Bertukar Jadi Tragedi Berdarah Malam Tahun Baru 2012? [UPDATE VIDEO]
Dalam keadaan malam tadi ramai yang tertumpu untuk menyambut tahun baru 2012, tetapi berlainan pula buat kalangan mahasiswa yang bertindak buat demo kebebasan akademik di UPSI. Tetapi lain pula jadi….
Apabila polis didakwa bertindak membelasah sekumpulan mahasiswa yang berhimpun. Dalam ramai-ramai mungkin ada kalangan yang membuat provokasi atau tidak ikut arahan & amaran yang diberikan oleh polis sehingga menyebabkan polis “hilang sabar & pertimbangan” seterusnya bertindak sebegini rupa. Mungkin?
Tetapi walaubagaimanapun, itu bukanlah alasan untuk pihak polis membelasah sesuka hati. Tindakan kasar yang dilakukan bukanlah satu tindakan yang sangat bijak daripada pihak keselamatan negara sebenarnya.

Video Demo UPSI (Versi Pihak Polis Sebagai Rujukan)


demo upsi Demo UPSI Bertukar Jadi Tragedi Berdarah Malam Tahun Baru 2012? [UPDATE VIDEO]
Apatah lagi, Malaysia yang sudah termaktub dalam perlembagaan meletakkanhak untuk rakyatnya berhimpun. Bagaimana kita rangka undang-undang, kemudian kita pijak semula undang-undang tersebut?


demo upsi 4 Demo UPSI Bertukar Jadi Tragedi Berdarah Malam Tahun Baru 2012? [UPDATE VIDEO]
Kalau tidak boleh, katakan tidak boleh daripada awal. Bukannya undang-undang yang ada terpakai hanya untuk satu dua kelompok sahaja. Pastikan semua menggunapakai undang-undang yang sama.
Semakan video di bawah ini memaparkan keadaan yang berlaku semasa demo UPSI daripada kalangan mahasiswa yang memperjuangkan kebebasan akademik pada malam tadi :

Video Demo UPSI (Orang Ramai)

Sunday, 1 January 2012

MAHASISWA BANGKIT PROTES ATAS KREATIVITI..




Masih hangat diperkatan isu turun ‘bendera Najib’ dan video ancaman meludah serta menampar mahasiswa baru-baru ini, satu kumpulan yang menggelarkan mereka sebagai KP (Mungkin Ketua Panglima atau Ketua Perang atau juga Kaki Parody) mengeluarkan video ancaman nak ludah Muka Buku.
nak-ludah-muka-bukuTindakan biadap mahasiswa yang memasuki laman sosial myspace dan mengkeji myspace dan mengagungkan facebook. Menaikkan api kemarahan top friends myspace tom. ptui.
Youtube:

FB :

Fuh! Santai : Macam-macam hal.. Wakaka. Rindu MySpace & Friendster~~

Wednesday, 28 December 2011

Adam Adli : Kes Turun Bendera Datuk Najib Razak di PWTC. Kemuncak Kemarahan Terhadap AUKU?


adam adli Adam Adli : Kes Turun Bendera Datuk Najib Razak di PWTC. Kemuncak Kemarahan Terhadap AUKU?
[Isu Adam Adli] Sejarah sudah membuktikan kuasa dikalangan mahasiswa mempunyai pengaruh yang cukup kuat sehingga mampu mengurangkan majoriti kerajaan dalam pilihanraya umum Ke-3 pada tahun 1969 seterusnya “tsunami politik” yang pertama kalinya berlaku hasil gerakan, jelajah, suara & peranan mahasiswa sendiri pada masa itu.
Dan akhirnya selepas MAGERAN dihentikan & parlimen dibuka semula sejak dibubarkan selepas tragedi 13 Mei 1969, AUKU mula diperkenalkan pada tahun 1971. “Kekuatan mahasiswa” tidak boleh dipandang rendah.
  • mahasiswa mampu menggulingkan kerajaan
  • mahasiswa juga mampu memberikan kekuatan yang luar biasa kepada kerajaan untuk “bergerak dengan lebih pantas”
adam adli 2 Adam Adli : Kes Turun Bendera Datuk Najib Razak di PWTC. Kemuncak Kemarahan Terhadap AUKU?Di atas kertas sememangnya AUKU diperkenalkan bagi mengelakkan pelajar terlibat dengan politik kepartian dan sibuk dengan berpolitik tetapi hakikatnya yang tidak boleh diselindung, AUKU ditubuhkan untuk menyekat suara-suara mahasiswa yang menentang kerajaan. Itu faktanya. Kenapa kami katakan begitu?
Kalau benarlah undang-undang ini mahu mahasiswa lebih memberikan tumpuan kepada pelajaran tanpa terlibat dengan politik yang dikatakan mampu menjejaskan prestasi mereka. Kerajaan juga patut juga meneliti & menimbangkan:
Akta-akta tambahan selain daripada AUKU patut diperkenalkan iaitu :
  1. Akta Untuk Maksiat Universiti (AUMU) – Berapa pelajar universiti yang terjejas teruk dek kerana hawa nafsu dengan melakukan maksiat sehingga menyebabkan kurang tumpuan dalam menguasai ilmu
  2. Akta Untuk Hiburan Universiti (AUHU) – Berapa ramai pelajar yang lebih gemar berhibur sehingga menyebabkan tumpuan menguasai ilmu juga semakin kurang
  3. Akta Untuk Rempit Universiti (AURU) – Berapa ramai pelajar-pelajar yang lebih suka lumba motor hingga menyebabkan tumpuan menguasai ilmu semakin kurang
Moralnya di sini, banyak lagi perkara-perkara lain yang menjadi faktor pelajar mengurangkan tumpuan menguasai ilmu tetapi kenapa nampak bab POLITIK sahaja???
Teringat kami dengan kata-kata oleh Profesor Madya Dr. Azmi Sharom (penysrah Undang-undang Universiti Malaysia) mengenai AUKU :
azmi sharom Adam Adli : Kes Turun Bendera Datuk Najib Razak di PWTC. Kemuncak Kemarahan Terhadap AUKU?The stand of the Government as well as the dissenting judge is that the UUCA is there to prevent students from getting involved in politics and thus being distracted from their studies.  This too does not make sense. Having been a student myself and having taught them for 21 years, let me assure you that young people can get distracted from their studies by a million and one things and chances are unless you are some serious political nerd, politics is not going to be on that list.
We might as well ban students from playing online games if we are so concerned about their focus on studying. – Dr Azmi Sharom

Win Movie Tickets now! Just click and answer an Easy Survey
Nampak?

2 Sudut Yang Berlainan Mengenai Isu Adam Adli?

Walaubagaimanapun, apa yang boleh kami simpulkan di sini ada 2 perkataan yang sesuai mengenai isu Adam Adli ini daripada 2 sudut yang berbeza dalam “keadaan negara hari ini” :
1) Tidak fikir panjang : Ya….benar, apa yang dilihat sebenarnya tindakan Adam Adli kurang cerdik di mana Adam Adli masih lagi memegang status sebagai seorang pelajar universiti, ranjau dalam bidang pendidikan masih panjang lagi melainkan beliau (Adam Adli) datang daripada keluarga yang berkedudukan sehingga tidak perlu bergantung kepada orang lain untuk bekerja. Ingat matlamat tidak menghalalkan cara apatah lagi demi perjuangan.
2) Berani : Ya…tidak boleh dinafikan juga, Adam Adli dilihat berani menanggung risiko dan Adam Adli telah tunjukkan generasi muda/pelajar pun dah mula bersuara lantang. Apa yang Adam Adli telah lakukan hari ini akan termaktub dalam sejarah negara.
adam adli 3 Adam Adli : Kes Turun Bendera Datuk Najib Razak di PWTC. Kemuncak Kemarahan Terhadap AUKU?

Respon Selepas Tindakan Adam Adli?

Cuma…cumanya kami lihat tindakbalas mereka-mereka yang berkenaan terhadap provokasi yang dilakukan oleh pelajar ini (Adam Adli) amat memalukan. Andai pelajar ini termasuklah Adam Adli dilihat keterlaluan dan kurang cerdik daripada segi tindakannya, maka tidak perlulah membalas provokasi ini secara melulu seperti yang dilihat baru-baru ini. Kalau begitu, apa beza anda dengan Adam Adli?
Sekarang ini kalangan mahasisiwa telah bersuara, persoalannya sekarang ini bagaimana Datuk Seri Najib mahu menangani isu ini?
  • Kalau AUKU tiada nanti, ada sesetengah pelajar akan gunakan kebebasan yang ada untuk menghalalkan semua perbuatan mahasiswa pula
  • Kalau ada AUKU pun ada yang tak cerdik nak buat benda-benda pelik apatah lagi kalau dah bebas nanti
Bagi kami, undang-undang tetap perlu ada sebagai langkah kawalan tetapi bezanya di sini undang-undang yang terang-terang menyekat perkembangan mahasiswa patut dilupuskan. Itu pandangan kami.