Thursday, 9 February 2012

KUIN : Mengapa Hanya Ahli GAMIS Yang Kecam?


Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Pertamanya, perlu saya katakan di sini, setiap tutur kata saya di sini diharap tidak disalah ertikan semua pihak dan harap semua faham saya adalah seorang yang keliru dan blurr…
Mengapa?
Kerana sejak saya mengikuti isu yang melibatkan lima mahasiswa KUIN, saya sendiri terkejut setelah mendapati dua gerakan mahasiswa yang selama ini saya kagumi dan hormati, hari ini telah ‘bertelagah’ dan ‘bergaduh’ sesama sendiri.
Saya tidak tahu lebih terperinci dan lebih mendalam akan isu yang berlaku, mungkin ada hal-hal yang lebih peribadi tetapi jujur saya katakan, jangan hanya kerana satu isu yang berbeza pendapat, ianya menyebabkan gerakan SMM-GAMIS dipandang hina dan ditolak mahasiswa serta masyarakat.
Tetapi, sepanjang pengamatan saya selaku mahasiswa biasa dalam isu ini, yang hanya setiap hari pergi dan balik kuliah, makan dan minum di kafe, lepas tu buka laptop, main fesbuk, saya inginkan dapatkan penjelasan yang lebih adil dari kedua-dua pihak.
Saya sokong perjuangan GAMIS, SMM terutama dalam melibatkan hal-hal kerosakan nilai sosial masyarakat, kezaliman mahasiswa dan seumpamanya tetapi atas akibat isu yang berlaku di KUIN, saya sendiri sudah mula ragu-ragu dengan asbab perjuangan gerakan ini.
Dulu, lantang bila AUKU ingin dimansuhkan tetapi bila kerajaan pembangkang di Kedah laksanakan, ada pulak yang sokong! Ini yang timbulkan kekeliruan bagi saya.
Dan saya lihat, kebanyakan yang tentang pendirian yang dibuat SMM ni adalah ahli GAMIS yang pernah bekas pimpinannya ada sebut soal akhlak dan adab berjemaah.
Ya, bagi saya memang wujud adab dan akhlak dalam berjemaah tetapi kewujudan dua aspek itu mungkin tidak disalah guna oleh SMM kerana andai ianya tidak dipraktikkan, sudah lama kerajaan Kedah tumbang dengan rusuhan, pembunuhan dan kekacauan seperti dalam perlawanan bola sepak di Mesir. Opss…!
Okey! Saya sejujurnya tidak bersetuju dengan gerakan GAMIS yang dilihat hanya lantang menyatakan sesuatu pandangan dan respon tetapi tiada ‘action’ yang teratur dan rapi berbanding SMM yang bukan hanya lantang bersuara tetapi tegas berpendirian dan ada tindakan walaupun sering dicemuh termasuk ‘di peringkat dalaman’.
Namun, saya harap ada batang tubuh yang mampu menyatukan gerakan mahasiswa ini yang saya lihat agak berterabur dan menjadi ‘Sang Pencerah’ kepada generasi gerakan mahasiswa. Sekian..! (tak mahu cakap lebih-lebih, nanti kena cantas). Assalamualaikum..

No comments:

Post a Comment